Saturday, June 9, 2012

Pedoman


Di sini dunia tempat berhabitat
Tempat terbentuk peribadi dan juga sifat
Di dalam sphera tidak terasa ia berpusing
Hanya merasai musim berganti musim
hari berganti hari
Adakah kita ambik pusing?

Mendengar kata orang ku berpusing-pusing
Hilang identiti tidak kenal pada musim
hidup berpusing-pusing macam gasing
bila sifat dalam diri tak amik pusing

angguk dengar cakap orang itu lagi penting
di tolak ke tepi
nah ke arah mana
lalu ku tunduk sahaja tanpa banyak tanya
sampai terhantuk dan luka ku biarkan saja

sampai bilakah masih mahu terus berpusing
mengikut arah dan telunjuk orang lain
membiarkan identiti dijajah oleh orang asing
mereka ketawa tengok kita berpusing
kita langsung tidak ambik pusing

ku terhantuk 
hatiku terketuk
lalu berhenti berpusing
ini hidup realiti bukan gasing

bentuk sifat pada jati
bentuk peribadi dengan percaya pada ilahi
agar teguh hati dengan jati diri
baru kita ada sifat yang tersendiri
baru terasa hidup di sphera ini bererti

sphera ini tidak akan selamanya berpusing
sampi masa ia akan berhenti daripada pusing
pada masa itu tidak guna lagi nak amik pusing 

p/s
satu adeptasi dari malique
ku nukil ia hingga bunyinya tertarik
ku hias bahasanya hingga lirknya jadi cantik
harap yang membacanya tidak pelik

1 comment: