Assalamualaikum semua HCS mendoakan agar semua pembaca berada
di dalam rahmat yang maha Esa
Hari ini ingin HCS melontarkan sedikit pendapat yang HCS
rasa dan bila HCS renungkan balik ketika bersendriaan HCS rasa sungguh besarnya
kekuasaan Allah yang mana kehidupan kita di dunia baik dari segi rohaninya dan
jasmaninya semuanya bergerak atas aturan yang maha Mengetahui.
HCS bernasib baik kerana diberi peluang oleh Allah untuk HCS
sendiri mengenali dan belajar dengan lebih dekat mengenai sistem badan manusia
walaupun HCS sendiri tidak berapa arif dalam menguasainya (doa-doa lah supaya
hcs ni jadi rajin). Peluang belajar untuk mengenali Allah terlalu dekat tetapi
kadang-kadang adakahkah kita benar-benar menfaatkan peluang itu? Persoalan ini
HCS lontarkan kepada semua yang membaca blog HCS yang tak seberapa ini. Hal ini
kerana setiap perjalan kita tubuh badan kita percakapan dan sebagainya semuanya
bergerak atas izin Allah sebab itu kita digalakkan untuk sentiasa muhasabah
diri setiap kali sebelum kita tidur supaya kita dapat menilai kembali diri kita
adakah bermanfaat hari ini hidup kita atau kita mensia-siakannya? Sepertimana sabda
nabi SAW mereka yang berjaya adalah mereka yang hari ini lebih baik dari
semalam. Pada pandangan HCS sabda nabi SAW adalah untuk kita sentiasa berusaha
memberikan yang terbaik dalam hidup kita setiap hari.
Tentu ramai yang tertanya kenapa HCS kelurkan gambar yang
dekat atas ini kan?apa fungsinya. sabar ye nak ceritalah ini moga memberi
manfaat kepada semua
Sepertimana yang kita ketahui kehidupan manusia dicipta
berpasang-pasang ada lelaki dan ada perempuaan setiap dari mereka ini membawa
tugas masing-masing jadi jangan hairanlah ye sahabat bila Allah ciptakan
berpasang-pasang itu secara tidak langsungnya cantik itu adalah subjektif. Hal ini
kerana boleh jadi pada pandangaan kita orang itu cantik tapi tidak pada pandangaan
orang jadi kecantikan itu tidak terletak pada diri tetapi pada mata yang
memandang. Samalah juga dengan hal makan boleh jadi makanan yang murah itu jauh
lebih sedap dari makan dekat hotel yang berbintang-bintang kerana sedap itu
bukan terletak pada makanan tapi ia terletak pada lidah. Jadi adakah yang kaya
itu bahagia atau yang miskin itu sengsara?maka sama-sama lah kita fikirkan
kerana boleh jadi kita nampak seseorng itu jauh lebih baik dari segi
kepimpinananya mewahnya hebatnya tapi belum tentu disisi Allah dia lebih. Maka pandangaan
mana yang perlu kita lihat dan utamakan?tepuk dada tanya iman kerana kita boleh tuk
mimilihnya sama ada pandangaan Allah atau pun manusia.jika kita hidup dengan pandangan Allah pasti akan mendapati kehidupan ini terlalu luas maka taktkala kamu merasa putus asa yakinlah dengan rahmat Allah
kerana Allah tidak pernah mengecewakan hambanya dan lihatlah kemenangaan dalam
apa yang manusia sangka tewas kerna setiap apa yang Allah berikan kepada hidup
kita adalah bedasarkan kemampuaan kita.
Allah menciptakan manusia dari sebaik-baik kejadiaan ayat
ini banyak terdapat di dalam Al Quran dan banyak juga dalam Al Quran yang
menyeru kita untuk menjadi pemikir tentang kebesaraan Allah. Kenapa Allah
menyuruh kita jadi orang yang berfikir? Pada pandangaan HCS orang yang berfikir
dapat menilai betapa hebatnya kuasa Allah maka secara tidak langsung hatinya
seluruh anggotanya tunduk pada Allah jadi tidak hairanlah kenapa ramai para
pengkaji barat memeluk islam kerana islam ini berdiri atas fakta.
Jika kita lihat tugas seorang manusia lelaki dan perempuaan
terdapat perbezaan peranan yang dimainkan jadi benarlah kata-kata imam ghazali(kalau
tak silap HCS) jagalah islam kamu di setiap penjuru kamu. Pada pandangaan hcs
ini setiap manusia yang lahir di muka bumi ini membawa peranannya masing-masing.
Sepertimana tugas seorang lelaki dan juga tugas wanita seperti gambar di atas
Apa kaitannya? HCS mendapat idea mengaitkan tugas seorang
lelaki dan perempuaan ketika tengah mengalamun dalam kelas waktu doktor tengah
mengajar memang tak patut betul (doakan moga HCS ini berubah ye) ketika doctor
sedang bercakap-cakap mengenai system endocrine hcs tertarik dengan satu
kata-kata doctor ini Dr Sabah namanya.Beliau bertanya what is the master of the
body?pastu beliau pun jawab pituitary gland selepas itu beliau berkata subahanallah(maha
suci Allah) betapa organ yang kecik ini boleh kawal satu sistem badan kita
sangat kagum HCS dengar masa tu lepas tu beliau sambung lagi meneruskan
pengajaranya dan bertanya what is actual master of the body?then Dr.Sabah cakap
hypothalamus but people not see it and most of them agreed that pituatiary
gland is the master of the body. Sampi tu je pemikiran hcs melayang-layang
memikirkan bagaimana sesautu pekara baik atau buruk Allah mahu beri pada
manusia itu dia akan berikan melalui pengantaraan contohnya Allah mahu
memberikan kita rezeki Allah memberikan kita perkerjaan ,Allah memudahkan jodoh
kita pun rezeki juga(hehe), contoh lain sekiranya kita lapar kita akan makan
maka asbab makan kita akan kenyang tetapi berapa ramai yang memikirkan yang
kenyang itu adalah pemberiaan dari Allah? Sama jugalah kisah hypothalamus dan
pituatiry gland ini taktkala badan melihat yang semua hasil datang dari
pituatiry gland namun pada hakikatnya ianya sebenarnya datang dari hypothalamus
dan dalam bab rezeki kita perlu melihat yang memberi kita rezeki itu bukan duit
hasil dari usaha kita tetapi ianya datang dari Allah jua dan sekiranya manusia
berfikir sedemikiaan nescaya akan sentiasa terbit rasa syukur dalam diri
manusia.
Kita masuk pula kepada fungsi pituatiary gland ini. Untuk pengetahuaan
pituatiary gland ini ada 2 satu kat depan satu kat belakang klu bahasa skema
dia anterior pituitary gland and posterior pituitary gland jadi samalah dengan
kehidupan kita lelaki berada di depan perempuaan berada di belakang. Di sebalik
kejayaan suami pasti ada seorang isteri dibelakangnya yang sentiasa
menyokongnya jadi suami isteri perlu
berkerja sama dalam menghasilkan keharmoniaan rumah tangga. Sepertiman pituatiary
gland yang menjalankan fungsinya demi memastikan keharmoniaan badan kita.
Antara tugas anterior piutatiary gland
1)Growth hormone(tumbesaran)
2)Thyroid stimulating hormone(TSH)(merangsang thyroid),
3)ACTH(hormone polypeptide),
4)FSH(ada dekat ovary and testes)
5)LH(ada dekat male female),
6)PROLACTIN(mamarrygland)
Apa kaiatannya dengan tugas lelaki
1)Lelaki perlu memeberi nafkah kepada isteri dan anak-anak(growth
hormone)
2)Lelaki perlu mengawal keluarga dan merancang masa depan
keluarga dengan baiK(TSH)
3)Lelaki perlu menjaga kemaluaannya dan dirinya (dalam surah
al mukminun(1-11))(FSH DAN LH)
4)Lelaki perlu mamantau anak-anak membesar(PROLACTIN)
Antara tugas posterior pituaitary gland
1)Oxyctosin(delivery)
2)anti diruretic hormone(ADH)
Apa kaitannya dengan tugas perempuaan aka isteri
1)Seorang wanita itu di tugaskan untuk melahirkan zuriat dan
menjaga zuriaat dengan baik sama macam tugas (oxyctosin)
2)Dan seorang perempuaan perlu manjaga aib suami dan menjaga
rahsia umah tangga dengan baik yang mana hari ini hcs rasa pekara ini di
tekankan lebih kerana kunci kebahagiaan rumah tangga terletak kepada ini. Hal ini
kerana hanya isteri sahajalah yang mengetahui baik suami dan buruknya maka
apabila seorng istri berjaya mengendalikan suaminya dan menjaga aibnya dan aib
rumah tangga necaya kehidupan akan menjadi lebih tenang dan tentram justeru tidak
hairanlah kenapa di sebalaik kejayaan seorang lelaki itu pasti ada wanita di
belakangnya
3)Seorang wanita perlu menyususu dan mendidik anak(prolactin)
kesemua pekara ini perlu dilaksanakan dengan baik oleh semua
sama ada lelaki mahupun perempuaan kepada bakal suami dan bakal isteri dan
suami dan isteri kerana kita lihat sahajalah tubuh kita,apa yang berlaku apabila terjadinya ketidak tentuaan hormone(rasanya perempuaan lebih arif
mengenainya kerana mereka melaluinya tiap-tiap bulan) seperti mood swing dan
sebagainya begitulah juga seperti kehidupan kita di dunia sekirana kita gagal melaksanakan
tugas yang perlu dilaksanakan maka berlakulah ketidak harmoniaan rumah tangga.
Lama HCS merenung betullah apa yang disabdakan oleh nabi SAW
umat islam ini seperti satu anggota seandainya sakit sakitlah keseluruhannya. Dalam
hal ini jika kita tengok hanya kerana kegagalan hormone berfungi atau terlebih
fungsi dia akan mengganggu kesimbangaan badan dan begitulah jua dengan
kehiduapn jadi nabi SAW berpesan pada kita supaya bersederhana dalam semua
pekara. Maka marilah kita sama-sama menjadi orang yang berguna dan menjalankan
tugas kita dengan baik kerana apabila kita melihat penghuni yang dijanjikan
oleh Allah syurga mereka semua sangat serius dengan kehidupan di dunia. Teringt
kata-kata mother teressa ketika menang anugrah nobel ditanya apakah rahsia
kejayaannya lalu dia berkata go home and love your family pekara ini telah lama
di praktikkan oleh nabi kita SAW sayangnya ianya di amalkan oleh orang bukan
islam tetapi tidak kita teringat juga kata-kata steve job setiap pagi dia
bangun dan bertanya bila dia tiada dia mahu dunia kenang dia dan menyumbang
kepada dunia agama islam dah lama ajar kita supaya berusaha umpama kita akan
mati esoknya dan banyak lagi jadi kenapa mereka yang bukan islam ini jauh lebih
Berjaya?tanyalah diri kita sendiri sama-sama kita muhasabah diri.
p/s
Apa yang HCS coretkan ini adalah secebis nukilan pandangaan yang tidak ada kaitaan apa-apa cuma mengharapkan agar sedikit pandangaan yang naïf ini dapat di kongsi moga dapat memberi manfaat kepada kita bersama dan moga dengan usaha kita yang sedikit ini dipandang oleh Allah dan membuatkan kita dekat denganNya. Doakan kejayaan HCS juga ye dalam peperiksaan yang sedang berlangsung dan kehidupan mendatang. Yang baik itu datangnya dari Allah dan lemah itu datangnya dari kelemahan HCS sendiri dalam menterjemahkan tulisan ini dengan baik.
menarik...semoga terus maju dan terus menukilkan idea2 dan pemikiran yg baru..selamat maju jaya..
ReplyDeletemoga ada manfaatnya atas perkongsiaan ini di harap tidak sekadar membacanya di masa lapan malah tuk di amal kn juga..jadi lah orng yg berfikir kerana kita akan mendapati betapa besarnya kebesaran ilahi..sekadar pandangaan moga Allah redha
DeleteSubhanallah.....satu pandangan sisi yang menarik dan perlu ada dalam setiap mereka mereka yang berfikir......teruskan usaha usaha murni HCS...jzklh...
ReplyDeleteterima kasih semoga kita menjadi apa orang yang berfikir...kita hidup berdasarkan apa yang kita dapat dan kita membina kehidupan bedasarkan apa yang diberi..bermaksud tuk jadi sesuatu kita kena berusaha
DeleteMasya'alah......subha'nallah....alhamdululah....
ReplyDelete