Tuesday, June 26, 2012

Keharmoniaan manusia dan badan berkait???betul ke??



Assalamualaikum semua HCS mendoakan agar semua pembaca berada di dalam rahmat yang maha Esa

Hari ini ingin HCS melontarkan sedikit pendapat yang HCS rasa dan bila HCS renungkan balik ketika bersendriaan HCS rasa sungguh besarnya kekuasaan Allah yang mana kehidupan kita di dunia baik dari segi rohaninya dan jasmaninya semuanya bergerak atas aturan yang maha Mengetahui.

HCS bernasib baik kerana diberi peluang oleh Allah untuk HCS sendiri mengenali dan belajar dengan lebih dekat mengenai sistem badan manusia walaupun HCS sendiri tidak berapa arif dalam menguasainya (doa-doa lah supaya hcs ni jadi rajin). Peluang belajar untuk mengenali Allah terlalu dekat tetapi kadang-kadang adakahkah kita benar-benar menfaatkan peluang itu? Persoalan ini HCS lontarkan kepada semua yang membaca blog HCS yang tak seberapa ini. Hal ini kerana setiap perjalan kita tubuh badan kita percakapan dan sebagainya semuanya bergerak atas izin Allah sebab itu kita digalakkan untuk sentiasa muhasabah diri setiap kali sebelum kita tidur supaya kita dapat menilai kembali diri kita adakah bermanfaat hari ini hidup kita atau kita mensia-siakannya? Sepertimana sabda nabi SAW mereka yang berjaya adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Pada pandangan HCS sabda nabi SAW adalah untuk kita sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam hidup kita setiap hari.

Tentu ramai yang tertanya kenapa HCS kelurkan gambar yang dekat atas ini kan?apa fungsinya. sabar ye nak ceritalah ini moga memberi manfaat kepada semua

Sepertimana yang kita ketahui kehidupan manusia dicipta berpasang-pasang ada lelaki dan ada perempuaan setiap dari mereka ini membawa tugas masing-masing jadi jangan hairanlah ye sahabat bila Allah ciptakan berpasang-pasang itu secara tidak langsungnya cantik itu adalah subjektif. Hal ini kerana boleh jadi pada pandangaan kita orang itu cantik tapi tidak pada pandangaan orang jadi kecantikan itu tidak terletak pada diri tetapi pada mata yang memandang. Samalah juga dengan hal makan boleh jadi makanan yang murah itu jauh lebih sedap dari makan dekat hotel yang berbintang-bintang kerana sedap itu bukan terletak pada makanan tapi ia terletak pada lidah. Jadi adakah yang kaya itu bahagia atau yang miskin itu sengsara?maka sama-sama lah kita fikirkan kerana boleh jadi kita nampak seseorng itu jauh lebih baik dari segi kepimpinananya mewahnya hebatnya tapi belum tentu disisi Allah dia lebih. Maka pandangaan mana yang perlu kita lihat dan utamakan?tepuk dada tanya iman kerana kita boleh tuk mimilihnya sama ada pandangaan Allah atau pun manusia.jika kita hidup dengan pandangan Allah pasti akan mendapati kehidupan ini terlalu luas maka taktkala kamu merasa putus asa yakinlah dengan rahmat Allah kerana Allah tidak pernah mengecewakan hambanya dan lihatlah kemenangaan dalam apa yang manusia sangka tewas kerna setiap apa yang Allah berikan kepada hidup kita adalah bedasarkan kemampuaan kita.

Allah menciptakan manusia dari sebaik-baik kejadiaan ayat ini banyak terdapat di dalam Al Quran dan banyak juga dalam Al Quran yang menyeru kita untuk menjadi pemikir tentang kebesaraan Allah. Kenapa Allah menyuruh kita jadi orang yang berfikir? Pada pandangaan HCS orang yang berfikir dapat menilai betapa hebatnya kuasa Allah maka secara tidak langsung hatinya seluruh anggotanya tunduk pada Allah jadi tidak hairanlah kenapa ramai para pengkaji barat memeluk islam kerana islam ini berdiri atas fakta.

Jika kita lihat tugas seorang manusia lelaki dan perempuaan terdapat perbezaan peranan yang dimainkan jadi benarlah kata-kata imam ghazali(kalau tak silap HCS) jagalah islam kamu di setiap penjuru kamu. Pada pandangaan hcs ini setiap manusia yang lahir di muka bumi ini membawa peranannya masing-masing. Sepertimana tugas seorang lelaki dan juga tugas wanita seperti gambar di atas

Apa kaitannya? HCS mendapat idea mengaitkan tugas seorang lelaki dan perempuaan ketika tengah mengalamun dalam kelas waktu doktor tengah mengajar memang tak patut betul (doakan moga HCS ini berubah ye) ketika doctor sedang bercakap-cakap mengenai system endocrine hcs tertarik dengan satu kata-kata doctor ini Dr Sabah namanya.Beliau bertanya what is the master of the body?pastu beliau pun jawab pituitary gland selepas itu beliau berkata subahanallah(maha suci Allah) betapa organ yang kecik ini boleh kawal satu sistem badan kita sangat kagum HCS dengar masa tu lepas tu beliau sambung lagi meneruskan pengajaranya dan bertanya what is actual master of the body?then Dr.Sabah cakap hypothalamus but people not see it and most of them agreed that pituatiary gland is the master of the body. Sampi tu je pemikiran hcs melayang-layang memikirkan bagaimana sesautu pekara baik atau buruk Allah mahu beri pada manusia itu dia akan berikan melalui pengantaraan contohnya Allah mahu memberikan kita rezeki Allah memberikan kita perkerjaan ,Allah memudahkan jodoh kita pun rezeki juga(hehe), contoh lain sekiranya kita lapar kita akan makan maka asbab makan kita akan kenyang tetapi berapa ramai yang memikirkan yang kenyang itu adalah pemberiaan dari Allah? Sama jugalah kisah hypothalamus dan pituatiry gland ini taktkala badan melihat yang semua hasil datang dari pituatiry gland namun pada hakikatnya ianya sebenarnya datang dari hypothalamus dan dalam bab rezeki kita perlu melihat yang memberi kita rezeki itu bukan duit hasil dari usaha kita tetapi ianya datang dari Allah jua dan sekiranya manusia berfikir sedemikiaan nescaya akan sentiasa terbit rasa syukur dalam diri manusia.

Kita masuk pula kepada fungsi pituatiary gland ini. Untuk pengetahuaan pituatiary gland ini ada 2 satu kat depan satu kat belakang klu bahasa skema dia anterior pituitary gland and posterior pituitary gland jadi samalah dengan kehidupan kita lelaki berada di depan perempuaan berada di belakang. Di sebalik kejayaan suami pasti ada seorang isteri dibelakangnya yang sentiasa menyokongnya jadi  suami isteri perlu berkerja sama dalam menghasilkan keharmoniaan rumah tangga. Sepertiman pituatiary gland yang menjalankan fungsinya demi memastikan keharmoniaan badan kita.

Antara tugas anterior piutatiary gland
1)Growth hormone(tumbesaran)
2)Thyroid stimulating hormone(TSH)(merangsang thyroid),
3)ACTH(hormone polypeptide),
4)FSH(ada dekat ovary and testes)
5)LH(ada dekat male female),
6)PROLACTIN(mamarrygland)

Apa kaiatannya dengan tugas lelaki
1)Lelaki perlu memeberi nafkah kepada isteri dan anak-anak(growth hormone)
2)Lelaki perlu mengawal keluarga dan merancang masa depan keluarga dengan baiK(TSH)
3)Lelaki perlu menjaga kemaluaannya dan dirinya (dalam surah al mukminun(1-11))(FSH DAN LH)
4)Lelaki perlu mamantau anak-anak membesar(PROLACTIN)

Antara tugas posterior pituaitary gland
1)Oxyctosin(delivery)
2)anti diruretic hormone(ADH)

Apa kaitannya dengan tugas perempuaan aka isteri
1)Seorang wanita itu di tugaskan untuk melahirkan zuriat dan menjaga zuriaat dengan baik sama macam tugas (oxyctosin)
2)Dan seorang perempuaan perlu manjaga aib suami dan menjaga rahsia umah tangga dengan baik yang mana hari ini hcs rasa pekara ini di tekankan lebih kerana kunci kebahagiaan rumah tangga terletak kepada ini. Hal ini kerana hanya isteri sahajalah yang mengetahui baik suami dan buruknya maka apabila seorng istri berjaya mengendalikan suaminya dan menjaga aibnya dan aib rumah tangga necaya kehidupan akan menjadi lebih tenang dan tentram justeru tidak hairanlah kenapa di sebalaik kejayaan seorang lelaki itu pasti ada wanita di belakangnya
3)Seorang wanita perlu menyususu dan mendidik anak(prolactin)
kesemua pekara ini perlu dilaksanakan dengan baik oleh semua sama ada lelaki mahupun perempuaan kepada bakal suami dan bakal isteri dan suami dan isteri kerana kita lihat sahajalah tubuh kita,apa yang berlaku apabila terjadinya ketidak tentuaan hormone(rasanya perempuaan lebih arif mengenainya kerana mereka melaluinya tiap-tiap bulan) seperti mood swing dan sebagainya begitulah juga seperti kehidupan kita di dunia sekirana kita gagal melaksanakan tugas yang perlu dilaksanakan maka berlakulah ketidak harmoniaan rumah tangga.

Lama HCS merenung betullah apa yang disabdakan oleh nabi SAW umat islam ini seperti satu anggota seandainya sakit sakitlah keseluruhannya. Dalam hal ini jika kita tengok hanya kerana kegagalan hormone berfungi atau terlebih fungsi dia akan mengganggu kesimbangaan badan dan begitulah jua dengan kehiduapn jadi nabi SAW berpesan pada kita supaya bersederhana dalam semua pekara. Maka marilah kita sama-sama menjadi orang yang berguna dan menjalankan tugas kita dengan baik kerana apabila kita melihat penghuni yang dijanjikan oleh Allah syurga mereka semua sangat serius dengan kehidupan di dunia. Teringt kata-kata mother teressa ketika menang anugrah nobel ditanya apakah rahsia kejayaannya lalu dia berkata go home and love your family pekara ini telah lama di praktikkan oleh nabi kita SAW sayangnya ianya di amalkan oleh orang bukan islam tetapi tidak kita teringat juga kata-kata steve job setiap pagi dia bangun dan bertanya bila dia tiada dia mahu dunia kenang dia dan menyumbang kepada dunia agama islam dah lama ajar kita supaya berusaha umpama kita akan mati esoknya dan banyak lagi jadi kenapa mereka yang bukan islam ini jauh lebih Berjaya?tanyalah diri kita sendiri sama-sama kita muhasabah diri.


p/s

Apa yang HCS coretkan ini adalah secebis nukilan pandangaan yang tidak ada kaitaan apa-apa cuma mengharapkan agar sedikit pandangaan yang naïf ini dapat di kongsi moga dapat memberi manfaat kepada kita bersama dan moga dengan usaha kita yang sedikit ini dipandang oleh Allah dan membuatkan kita dekat denganNya. Doakan kejayaan HCS juga ye dalam peperiksaan yang sedang berlangsung dan kehidupan mendatang. Yang baik itu datangnya dari Allah dan lemah itu datangnya dari kelemahan HCS sendiri dalam menterjemahkan tulisan ini dengan baik.

Tuesday, June 19, 2012

Perjalanan ini


Dalam mencari redha Allah
Satu cariaan yang ku tak tahu
Sama ada dipertemukan jalan
Jalan yang tiada pengakhiran
Jalan yang tiada pengawalaan
Kerana mulanya tidak di ketahui
Pengakhirannya sepi bersendiri
Kadang-kadang rasa diri hilang dari rahmat tuhan
Tidak dipertemukan jalan
Sukar kembali ke pangkal jalan
Aku mengharap naunganmu tuhan
Untuk aku terus berjalan
Mencari makna makrifat
Mengenal akan hakikat
Tunduk pada syariaat
Tahu pada kudrat
Dan pada nama yang sedia tercipta
Panduku ya Allah
Agar hatiku terpandu
Agar jiwaku tak buntu
Agar diriku tak kaku
Dan dengan itu
Aku akan mengenaliMU

Sunday, June 17, 2012

Kesempurnaan Bukan Milik Kita


Dalam perjalan kita mencari kesempurnaan
Dalam kesempurnaan kita mencari kelengkapan
Dalam kelengkapan pasti ada ketidak sempurnaan
Akhirnya yang sempurna tampak goyah
Yang goyah terus goyah

Hilang pegangan dalam kekuataan
Hilang kekuataan dalam kesempurnaan
Hilang kesempurnaan dalam kelengkapan

Inilah fitrah manusia
Mencari yang sempurna dalam sempurna
Mencari yang terbaik dalam yang terbilang
Tidak pernah menerima adanya kekurangan
Tak sanggup menerima ketidak sempurnaan
Sehingga mencari salah pencipta
Dek merasa diri terlalu sempurna
Dek Kerna tidak mahu percaya

Manusia khalifah yang hina
Jika tidak pada landasannya
Hanya Menjadi mulia
Jika berpegang dengan asas pencipta dan pembawa berita

Saturday, June 16, 2012

Manusia itu gopoh


assalamualaikum
Baru-baru ini HCS mendengar video mengenai manusia gopoh, video ini sangat-sangt menyantuk hati dan kadang-kadang membuatkan kita terasa,apa tidaknya manusia asik meminta acap kali kita meminta pasti kita mahu segera dan bila kita tidak dapat apa yang kita hajati kita mula mengeluh menyalahkan orang lain dan menyalahkan yang memberi menyatakan tidak adil dan sebagainya. Sedangkan soal pemberiaan dan aturan hidup ini adalah dibawah kekuasaan Allah yang lebih mengetahui dari kita tiada yang buruk Allah beri melainkan baik belaka cuma terpulanglah kepada seorng hamba itu untuk menilainya.

sedar tidak sedar rejab telah hampir meninggalkan kita di dalam bulan rejap terdapat satu malam yang di namakan israk mikraj. satu peristiwa manusia di tabalkan dengan setinggi-tinggi pertabalaan iaitu hamba. melalui pandangaan HCS dengan pandaangan ilmu yang fakir ini HCS berpandaangan terdapat dua tugas manusia di muka bumi ini satu adalah hamba dan satu lagi khalifah.

Allah mengutus manusia untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini untuk mengatur alam yang diamanahkan oleh Allah ini dengan baik tetapi Allah jua menabalkan manusia dengan tugasan hamba. Seorng khalifah dia akan mendapati apa sahaja yang dihajatinya pasti termakbul dan seorang hamba perlu berasa cukup dan lapang dada atas apa sahaja yang tuan dia berikan.

Maka sekiranya kita menerapkan sikap khalifah dan hamba di dalam diri kita maka tidakakn akan ada atau timbul rasa tidak puasa hati atau gopoh dalam sesuatu. bersabarlah kerana didalam kesabaranmu itu ada sesuatu yang sangat berharga didalamnya dan bersyukurlah kerana tidak ramai manusia yang apabila mendapat sesusutu dia bersyukur.

p/s lihatlah sesuatu dengan mata hati pasti ketenangaan itu jauh lebih bererti.moga ada manfaatnya dan yang lemah itu dtg dari HCS sendiri dan apa yang HCS tulis ini adalah bedasarkan pandangaan semata-mata denagan harapan ianya membawa menfaat bersama. sekiaan

Kata-kata Hikmah Luqman al-Hakim


Assalamualaikum semua HCS  amat suka membaca artikle ini dari kecik HCS simpan artikle ini jadi saja-sajalah post untuk entri ni moga ada manfaatnya.

Kata-kata hikmah dari bijak pandai lukman Al hakim tidak akan berguna jika kita hanya mendengar tetapi gagal dan tidak mahu menghayatinya
                Nasihatnya kadang-kala kedengaran begitu simbolik dan kita berasa sukar untuk memahaminya. Hakikatnya begitulah cara luqman menyampaikan pesannya
                Beliau mahu anaknya dan orang lain yang menerima nasihat itu mencari maksud yang tersurat di dalamnya.
                Renungi dan hayati nasihat luqman supaya umat islam sentiasa mengingati Allah, katanya: “hai anakku. Taatlah kepada Allah kerana sesungguhnya barang siapa yang mentaati Allah, cukuplah Allah sebagai penghibur apa yang merisau dan menyucikan dirimu daripada akhlak yang buruk.
                “hai anakku! Biasakanlah lidahmu dengan menyebut ` Ya Allah ! ampukanlah dosaku kerana bagi Allah beberapa waktu yang dia tidak akan menolak hambanya yang memohon.
                “hai anakku! Baiklah balasannya bagi orang yang tidak terpengaruh dengan dunia dan tidak menyesal dengan hari perhitungan.
                Hai anakku sesungguhnya dunia ini tiada apa kebaikan pun padanya melainkan untuk salah seorang daripada dua lelaki. Lelaki yang dulunya telah melakukan perbuatan keji lalu dia berusaha keras agar dapat menghapuskannya dengan amalan yang soleh agar Allah akan mengampuni segala dosa-dosanya dengan amalan itu.
                Begitu juga dengan lelaki yang menuntut kedudukan yang tinggi lalu dia bersegera untuk mendapatkannya . janganlah sekali-kali engkau merasa kagum dengan apa yang engkau lakukan kerana sesungguhnya engkau tidak tahu adakah Allah menerimanya atau pun tidak.
                Nasihatnya kepada orang yang suka marah terburu-buru dan bakhil “hai anakku tewaskan lah kemarahanmu dengan sifat sopan santunmu keteburuaan dirimu dengan sifat tenangmu hawa nafsumu dengan ketakwaan keraguaan dengan keyakinan kebatilanmu dengan kebenaran kebakhilan dengan kebaikanmu (pemurah).
                Jadilah engkau orang yang tenag dan sabar dalam kesempitan, gembira dalam kebenciaan ,bersyukur dalam kemewahan khusyuk dalam solat dan besegera bersedekah.
                Hai anakku. Redhalah engkau dengan sesuatu yang sedikit serta yakinlah dengan apa yang di rezkikan untukmu. Dan janganlah engkau memanjangkan kedua-dua biji matamu melihat rezki orang lain kerana ia akan menyeksakan dirimu.
                Hai ankku kurangkanlah daripada makan dan penuhilah jiwamu dangan kata-kata hikmah
                Luqman juga kerap menasihkan supaya bergaul dengan orang-orang alim katanya hai anakku duduklah bergaul dengan orang yang bijaksana dan redalah kata-kata mereka nescaya akan bertambahlah kebijaksanaan dalam diri mu
                Hai anakku hendaklah engkau duduk bergaul dengan orang yang kuat berzikir mengingati Allah kerana ia akan menghidupkan ilmu serta memperbahrui rasa khyusuk dalam hati
                Hai anakku  berniatlah olehmu untuk mendapat sesuatu keperluaan dan janganlah engkau bercakap pekara yang tidak berkaitan denganmu.
Hai anakmu janganlah engkau ketawa tanpa ada rasa pelik dan janganlah engkau berjalan tanpa adap
                Hai anakku sesungguhnya lidah itu kunci bagi kebaikan dan kejahatan. Maka patrilah mulutmu kecuali bercakpa kebaikan seperti engkau mematri emas dan perakmu.

semoga sedikit perkongsiaan ini dapat memberikan kita sedikit kesedaran dan terdetik dihati kita untuk mengikutinya. Hidayah itu tidak datang disebabkan kita mengikuti sesuatu tetapi hidayah itu memerlukan usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh ke atas diri kita sendiri dan terserah kepada Allah sama ada Dia mahu memberi ataupun tidak kerana dia lebih mengetahui apa yang terbaik unutk hambanya dan jika kita renungkan tiada satu pun yang Allah beri dalam hidup kita ini buruk.Di mata manusia ia buruk tapi apabila kita melihat dari sudut pandangaan Allah kita akan merasai bahagia. Moga ada manfaatnya

Friday, June 15, 2012

Keputusan Undiaan FGVH

assalamulaikum
keputusan undiaan IPO FGVH baru sahaja di umumkan.
FGVH telah terlebih langgan sebanyak 6.75 kali dan di bawah ini merupakan allotment yang telah diputusakan
HCS ada jugaklah cuba-cuba untuk dapatkan saham ni namun peratusan peluang untuk HCS hanya sekadar 8%.
Pada pandangaan HCS yang tidak seberapa ini berpendapat IPO FGVH ini tidak sama seperti IPO Facebook yang mengalami penurunan selepas penyeneraiaan hari pertamanya. namun ini adalah saham dan ini adalah kehidupan ada turun dan naik orang kata no risk no gain jadi apa-apa pun pandangan positive mahupun negetive terhadap IPO FGVH ini sama-samalah kita nantikan pada hari penyeneraiaannya di Bursa Malaysia pada 28/6/2012. Di sini kita mampu lihat manusia hanya mampu meramal tapi segalanya-galanya telah dirancang olehnya teringat pada satu tazkirah yang pernah HCS dengar kalau Allah hendak memeberi sesuatu ianya tidak boleh di halang dengan apa-apa tangan sekalipun
semoga ada manfaatnya

YANG ADA ITU HARAPAN


assalamualaikum

Hari ini HCS tergerak hati untuk berkongsi satu video yang sangat menarik
apa yang HCS dapat pada video ini adalah kita seharunya perlu ada rasa bersyukur atas apa sahaja yang berlaku atas kita. kadangkala kita rasa ujiaan kita terlalu berat dan kita tidak mampu melaluinya nyamun apa bila kita mengkaji balik dan kita renung balik Allah tidak akan menguji hambanya di luar kemampuaan hambanya dan apabila dan sesudah kita berjaya mengharungi ujiaan itu dan kita melihat balik ke belakang kita akan mengatakan syukur kalau tidak kerana musibah ini aku tidak akan sampai ke tahap ini. dan janganlah kita terlalu mahu dan mahu hingga terlupa apa yang kita ada dulu. dan ingatlah sesungguhnya Allah memberi sesuatu itu bedasarkan kadar dan kemampuaan hambanya..

p/s kadang kala kita hanya sedar keindahannya hanya apa bila kita telah kehilangaannya

Saturday, June 9, 2012

Pedoman


Di sini dunia tempat berhabitat
Tempat terbentuk peribadi dan juga sifat
Di dalam sphera tidak terasa ia berpusing
Hanya merasai musim berganti musim
hari berganti hari
Adakah kita ambik pusing?

Mendengar kata orang ku berpusing-pusing
Hilang identiti tidak kenal pada musim
hidup berpusing-pusing macam gasing
bila sifat dalam diri tak amik pusing

angguk dengar cakap orang itu lagi penting
di tolak ke tepi
nah ke arah mana
lalu ku tunduk sahaja tanpa banyak tanya
sampai terhantuk dan luka ku biarkan saja

sampai bilakah masih mahu terus berpusing
mengikut arah dan telunjuk orang lain
membiarkan identiti dijajah oleh orang asing
mereka ketawa tengok kita berpusing
kita langsung tidak ambik pusing

ku terhantuk 
hatiku terketuk
lalu berhenti berpusing
ini hidup realiti bukan gasing

bentuk sifat pada jati
bentuk peribadi dengan percaya pada ilahi
agar teguh hati dengan jati diri
baru kita ada sifat yang tersendiri
baru terasa hidup di sphera ini bererti

sphera ini tidak akan selamanya berpusing
sampi masa ia akan berhenti daripada pusing
pada masa itu tidak guna lagi nak amik pusing 

p/s
satu adeptasi dari malique
ku nukil ia hingga bunyinya tertarik
ku hias bahasanya hingga lirknya jadi cantik
harap yang membacanya tidak pelik

Thursday, June 7, 2012

Yakin dan percaya pasti akan berjaya



Sokong Azizulhasni Awang untuk pingat emas pertama Malaysia di sukan Olimpik Landon

Azizulhasni merupakan pelumba basikal track negara yang bermula dari bawah
tiada siapa yang menyangka si tubuh kecil ni mampu mengegarkan dunia rentetan kejayaan pertamanya mendapat pingat emas di perlumbaan dunia UCI menerukan pelbagai rentetan kejayaan kepada anak muda. memiliki impiaan yang besar iaitu untuk menukar minat penduduk Malaysia kepada sukan berbasikal namun HCS percaya dengan usaha dan keyakinan kejayaan itu pasti akan datang.

HCS kerap mengikuti perkembangaan pelumba yang bersaiz kecil ini yang mana HCS dapat merasa sendiri semangt yang ada dalam diri anak muda ini walaupun bersaiz kecil. Beliau berjaya membuktikan yang setiap orang mampu untuk berjaya.

Kalau lihat dari video ni memang cukup bersemangt sangat macam mana beliau berjaya menjadi juara tatkala pelunag untuk mendapatkannya tipis kerana pada satu ketika beliau berada di tempat yang ke 5 namun keyakinan didalam diri dan semangtnya yang tidak putus asa telah berjaya menempatkannya sebagai johon dalam perlumbaan itu. kalau kita dapat perhatikan di sini selagi mana kita berusaha dan kekal positif insyaallah kejayaan akan di capai dengan izin Allah. Allah memakbulkan doa kepada sesiapa yang meminta tetapi persoalanya adakah kita berusaha ke arahnya?

Beliau juga pernah mengalami kemalangaan yang teruk pada kejohanan kerin di Manchester yang mana kayu sepanjang 9inci telah menembui betis beliau namun atas semangat beliau tetap menghabiskan perlumbaan di tempat ke 3 dan berjaya menjadi pendahulu keseluruhan perlumbaan.

beliau juga pernah memenangi pingat emas disukan Komanwel New Delhi yang mana pada masa itu HCS menontonnya secara langsung melihatkan sendiri bagaimana the rocketpocket man ini beraksi sehingga berjaya mendapat tempat pertama namun atas beberapa faktor kemenangan beliau dibatalkan akibat tunggangaan yang merbahaya dan menteri Belia dan Sukan pernah mengatakan sekiranya beliau berjaya menyumbang emas satu veldrom basikal tertutup akan dibina menggunakan namanya.

untuk misi emas di sukan olimpik landon ini beliau tampil berbeza yang mana beliau mengenakan suit yang menutup sehingga bahagiaan lutut dengan tujuaan menarik lebih ramai lagi orang islam terutamanya meminati aktiviti berbasikal dan sukan berbasikal.

artikle ini khas di tujukan kepada azizulhasni awang untuk menyokong beliau dalam perlumbaan Olimpik Landon tidaklama lagi. Harapan HCS kepada azizul sekiranya beliau membaca blok HCS yang tak seberapa ini adalah untuk beliau berusaha sedaya upaya dan kekal positif untuk berjaya serah segalanya pada Allah kerana Dia pentadbir kepada Alam ini dan apa sahaja yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik. apa-apa pun sekiranya kita ikhlas dalam satu pekerjaan tak kisah la dalam apa-apa bidang sekiranya niat kita ikhlas dan dilakukan kerana Allah pasti kejayaan akan memihak kepada kita insyaallah dan di HCS sendiri menyatakan sokongaan penuh kepada Azizulhasni Awang.itu sahaja dari HCS semoga dapat manfaatnya.
lagi video Azizulhasni awang

p/s dalam hidup kita kita sering melihat orang jauh lebih baik dari kita tanpa kita sedari yang sebenarnya Allah menciptakan setiap manusia itu hebat. imam Al ghazali(betulkan HCS seandainya salah)bernah berkata jagalah islam kamu di setiap penjuru kamu bermakana setiap umat islam di muka bumi ini memilikit tugas masing-masing berlapang dadalah dan lihatlah hikmahnya dan yakinlah apa sahaja yang berlaku kepada kita adalah yang terbaik unutk kita. jadi kamu sebenarnya adalah seorang yang hebat apabila kamu memandnag kelebihan diri kamu tanpa membandingkan diri kamu dengan orang lain maka gunalah kehebatan kamu itu untuk kebaikan diri kamu dan orang sekeliling kamu. 
Yang baik itu datang dari Allah yang buruk itu datang dari kefakiran HCS semoga apa yang di tulis ini dapat memberi impak positif kepada yang membacanya.

Nikmat itu perlu dikongsi


Pada mereka yang di beri kesenangan hati
Buat mereka yang cuba keluar dr di uji

Ada kala kita diuji
Kita gugur tersungkur menyembah bumi
Ada kali kita dinikmati
Kita terbang tinggi
Setinggi helang tuk membangga diri
Bila diuji
Jangan pula menyendiri
Jangan pula salahkan diri
Jangan pula lemah pada diri
Bila di nikmati
Jangan pula rasa seronok sendiri
Jangan pula hina pada yang diuji
Jangan pula rasa hebat pada diri sendiri
Kerana hidayah itu milik ilahi
Walau sering  di pinta
Hanya yang bertuah akan di beri
Dengan izin ilahi
Bukan tuk diri sendiri
Tapi tuk di kongsi
Agar kita sentiasa
Ingat mengingti
Jika mereka diuji berikanlah mereka kekutan tuk berdiri
Bukan menambah sengsara diri
Kerana tiada ada yang perlu di banggakan dalam dunia ini
Kerana semuanyakan mati
Akhirat kekal abadi
Hubungan pada manusia itu menghiasi
Hubungan pada Allah perlu di halusi
Agar diri sentiasa dalam lingkungan yang di peliharai

Monday, June 4, 2012

IPO FGVH


IPO Felda(FGVH)
Assalamulaikum
Hari ni HCS nak tulis sedikit pasal ipo yang terbaru tapi tak de lah baru sangat iaitu ipo FGVH(FELDA GLOBAL VENTURE HOLDING) saham felda ni telah di senaraikan untuk ipo awam pada 31 may  2012 hari tu n tawanran nya masih di buka sehingga 12 june ini.

Sedikit sebanyak yang HCS tahu pasal ipo felda ni ianya di tawarkan pada harga RM 4.55 sesaham yang mana fair value dia RM 1.00 jadi sesiapa yang nak cuba bolehlah cuba untuk memohonnya tapi belum tentu dapat nama pun tawarankan. Felda ni sepertimana yang kita tahu teras dia adalah perladangaan nak tahu selanjutnya boleh cubalah cari sendiri prospect yang di lancarkan oleh perdana menteri pada 31 may hari tu setebal  700 ms.
HCS berpendangaan penyenaraiaan felda kedalam bursa saham ada pro dan contranya. Macam kita selalu dengrlahkan orang cakap jangan melakukan sesuatu keputusan itu ikut emosi nanti makan diri.
Sepertimana yang berlaku kepada ipo gas Malaysia tempoh hari ada yang memberikan pandangaan negative terhadap ipo gas Malaysia ini namum selepas selesai sesi undiaan gas Malaysia terlebih langgan sebanyak lebih 21 kali jadi kadang orang leh cakap negative sbb mereka tidak mahu peluang mereka tipis so apa-apa pun be positive. biasalah semua benda ada naik dan turun dan semua yang berlaku ada untung dan rugi. jadi kita nilailah kalau kita tidak cuba untuk amik resiko kita tidak akan berjaya(bukan untuk saham ni HCS  menulis secara amnya). jadi dalam saham atau apa pun jua jangan selalu ikut cakap orang tp cuba kita kaji sedalam-dalam nya bukankah mengkaji itu antara yang di tuntut dalam agama
HCS tak pandai sangat dalam saham ni sebab ni bukan bidang HCS tapi pada pendapat HCS tak salah kalau kita cuba memberi pandangaan dan menulis apa yang kita rasa semoga ada manfaatnya. Yang balik itu datang dari Allah. 


bersama ini HCS sertakan prosect ipo felda ni IPO FGVH
Jadi tidak lama lagi akan keluar ipo untuk IHH. IHH ni kalau tidak silap HCS merupakan rangkaiaan hospitak ke 2 terbesar di dunia sejak khazanah ambil alih hospital dekat turkey tu apa-apa pun moga ada manfaatnya. doakan yang terbaik