Tuesday, June 26, 2012

Keharmoniaan manusia dan badan berkait???betul ke??



Assalamualaikum semua HCS mendoakan agar semua pembaca berada di dalam rahmat yang maha Esa

Hari ini ingin HCS melontarkan sedikit pendapat yang HCS rasa dan bila HCS renungkan balik ketika bersendriaan HCS rasa sungguh besarnya kekuasaan Allah yang mana kehidupan kita di dunia baik dari segi rohaninya dan jasmaninya semuanya bergerak atas aturan yang maha Mengetahui.

HCS bernasib baik kerana diberi peluang oleh Allah untuk HCS sendiri mengenali dan belajar dengan lebih dekat mengenai sistem badan manusia walaupun HCS sendiri tidak berapa arif dalam menguasainya (doa-doa lah supaya hcs ni jadi rajin). Peluang belajar untuk mengenali Allah terlalu dekat tetapi kadang-kadang adakahkah kita benar-benar menfaatkan peluang itu? Persoalan ini HCS lontarkan kepada semua yang membaca blog HCS yang tak seberapa ini. Hal ini kerana setiap perjalan kita tubuh badan kita percakapan dan sebagainya semuanya bergerak atas izin Allah sebab itu kita digalakkan untuk sentiasa muhasabah diri setiap kali sebelum kita tidur supaya kita dapat menilai kembali diri kita adakah bermanfaat hari ini hidup kita atau kita mensia-siakannya? Sepertimana sabda nabi SAW mereka yang berjaya adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Pada pandangan HCS sabda nabi SAW adalah untuk kita sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam hidup kita setiap hari.

Tentu ramai yang tertanya kenapa HCS kelurkan gambar yang dekat atas ini kan?apa fungsinya. sabar ye nak ceritalah ini moga memberi manfaat kepada semua

Sepertimana yang kita ketahui kehidupan manusia dicipta berpasang-pasang ada lelaki dan ada perempuaan setiap dari mereka ini membawa tugas masing-masing jadi jangan hairanlah ye sahabat bila Allah ciptakan berpasang-pasang itu secara tidak langsungnya cantik itu adalah subjektif. Hal ini kerana boleh jadi pada pandangaan kita orang itu cantik tapi tidak pada pandangaan orang jadi kecantikan itu tidak terletak pada diri tetapi pada mata yang memandang. Samalah juga dengan hal makan boleh jadi makanan yang murah itu jauh lebih sedap dari makan dekat hotel yang berbintang-bintang kerana sedap itu bukan terletak pada makanan tapi ia terletak pada lidah. Jadi adakah yang kaya itu bahagia atau yang miskin itu sengsara?maka sama-sama lah kita fikirkan kerana boleh jadi kita nampak seseorng itu jauh lebih baik dari segi kepimpinananya mewahnya hebatnya tapi belum tentu disisi Allah dia lebih. Maka pandangaan mana yang perlu kita lihat dan utamakan?tepuk dada tanya iman kerana kita boleh tuk mimilihnya sama ada pandangaan Allah atau pun manusia.jika kita hidup dengan pandangan Allah pasti akan mendapati kehidupan ini terlalu luas maka taktkala kamu merasa putus asa yakinlah dengan rahmat Allah kerana Allah tidak pernah mengecewakan hambanya dan lihatlah kemenangaan dalam apa yang manusia sangka tewas kerna setiap apa yang Allah berikan kepada hidup kita adalah bedasarkan kemampuaan kita.

Allah menciptakan manusia dari sebaik-baik kejadiaan ayat ini banyak terdapat di dalam Al Quran dan banyak juga dalam Al Quran yang menyeru kita untuk menjadi pemikir tentang kebesaraan Allah. Kenapa Allah menyuruh kita jadi orang yang berfikir? Pada pandangaan HCS orang yang berfikir dapat menilai betapa hebatnya kuasa Allah maka secara tidak langsung hatinya seluruh anggotanya tunduk pada Allah jadi tidak hairanlah kenapa ramai para pengkaji barat memeluk islam kerana islam ini berdiri atas fakta.

Jika kita lihat tugas seorang manusia lelaki dan perempuaan terdapat perbezaan peranan yang dimainkan jadi benarlah kata-kata imam ghazali(kalau tak silap HCS) jagalah islam kamu di setiap penjuru kamu. Pada pandangaan hcs ini setiap manusia yang lahir di muka bumi ini membawa peranannya masing-masing. Sepertimana tugas seorang lelaki dan juga tugas wanita seperti gambar di atas

Apa kaitannya? HCS mendapat idea mengaitkan tugas seorang lelaki dan perempuaan ketika tengah mengalamun dalam kelas waktu doktor tengah mengajar memang tak patut betul (doakan moga HCS ini berubah ye) ketika doctor sedang bercakap-cakap mengenai system endocrine hcs tertarik dengan satu kata-kata doctor ini Dr Sabah namanya.Beliau bertanya what is the master of the body?pastu beliau pun jawab pituitary gland selepas itu beliau berkata subahanallah(maha suci Allah) betapa organ yang kecik ini boleh kawal satu sistem badan kita sangat kagum HCS dengar masa tu lepas tu beliau sambung lagi meneruskan pengajaranya dan bertanya what is actual master of the body?then Dr.Sabah cakap hypothalamus but people not see it and most of them agreed that pituatiary gland is the master of the body. Sampi tu je pemikiran hcs melayang-layang memikirkan bagaimana sesautu pekara baik atau buruk Allah mahu beri pada manusia itu dia akan berikan melalui pengantaraan contohnya Allah mahu memberikan kita rezeki Allah memberikan kita perkerjaan ,Allah memudahkan jodoh kita pun rezeki juga(hehe), contoh lain sekiranya kita lapar kita akan makan maka asbab makan kita akan kenyang tetapi berapa ramai yang memikirkan yang kenyang itu adalah pemberiaan dari Allah? Sama jugalah kisah hypothalamus dan pituatiry gland ini taktkala badan melihat yang semua hasil datang dari pituatiry gland namun pada hakikatnya ianya sebenarnya datang dari hypothalamus dan dalam bab rezeki kita perlu melihat yang memberi kita rezeki itu bukan duit hasil dari usaha kita tetapi ianya datang dari Allah jua dan sekiranya manusia berfikir sedemikiaan nescaya akan sentiasa terbit rasa syukur dalam diri manusia.

Kita masuk pula kepada fungsi pituatiary gland ini. Untuk pengetahuaan pituatiary gland ini ada 2 satu kat depan satu kat belakang klu bahasa skema dia anterior pituitary gland and posterior pituitary gland jadi samalah dengan kehidupan kita lelaki berada di depan perempuaan berada di belakang. Di sebalik kejayaan suami pasti ada seorang isteri dibelakangnya yang sentiasa menyokongnya jadi  suami isteri perlu berkerja sama dalam menghasilkan keharmoniaan rumah tangga. Sepertiman pituatiary gland yang menjalankan fungsinya demi memastikan keharmoniaan badan kita.

Antara tugas anterior piutatiary gland
1)Growth hormone(tumbesaran)
2)Thyroid stimulating hormone(TSH)(merangsang thyroid),
3)ACTH(hormone polypeptide),
4)FSH(ada dekat ovary and testes)
5)LH(ada dekat male female),
6)PROLACTIN(mamarrygland)

Apa kaiatannya dengan tugas lelaki
1)Lelaki perlu memeberi nafkah kepada isteri dan anak-anak(growth hormone)
2)Lelaki perlu mengawal keluarga dan merancang masa depan keluarga dengan baiK(TSH)
3)Lelaki perlu menjaga kemaluaannya dan dirinya (dalam surah al mukminun(1-11))(FSH DAN LH)
4)Lelaki perlu mamantau anak-anak membesar(PROLACTIN)

Antara tugas posterior pituaitary gland
1)Oxyctosin(delivery)
2)anti diruretic hormone(ADH)

Apa kaitannya dengan tugas perempuaan aka isteri
1)Seorang wanita itu di tugaskan untuk melahirkan zuriat dan menjaga zuriaat dengan baik sama macam tugas (oxyctosin)
2)Dan seorang perempuaan perlu manjaga aib suami dan menjaga rahsia umah tangga dengan baik yang mana hari ini hcs rasa pekara ini di tekankan lebih kerana kunci kebahagiaan rumah tangga terletak kepada ini. Hal ini kerana hanya isteri sahajalah yang mengetahui baik suami dan buruknya maka apabila seorng istri berjaya mengendalikan suaminya dan menjaga aibnya dan aib rumah tangga necaya kehidupan akan menjadi lebih tenang dan tentram justeru tidak hairanlah kenapa di sebalaik kejayaan seorang lelaki itu pasti ada wanita di belakangnya
3)Seorang wanita perlu menyususu dan mendidik anak(prolactin)
kesemua pekara ini perlu dilaksanakan dengan baik oleh semua sama ada lelaki mahupun perempuaan kepada bakal suami dan bakal isteri dan suami dan isteri kerana kita lihat sahajalah tubuh kita,apa yang berlaku apabila terjadinya ketidak tentuaan hormone(rasanya perempuaan lebih arif mengenainya kerana mereka melaluinya tiap-tiap bulan) seperti mood swing dan sebagainya begitulah juga seperti kehidupan kita di dunia sekirana kita gagal melaksanakan tugas yang perlu dilaksanakan maka berlakulah ketidak harmoniaan rumah tangga.

Lama HCS merenung betullah apa yang disabdakan oleh nabi SAW umat islam ini seperti satu anggota seandainya sakit sakitlah keseluruhannya. Dalam hal ini jika kita tengok hanya kerana kegagalan hormone berfungi atau terlebih fungsi dia akan mengganggu kesimbangaan badan dan begitulah jua dengan kehiduapn jadi nabi SAW berpesan pada kita supaya bersederhana dalam semua pekara. Maka marilah kita sama-sama menjadi orang yang berguna dan menjalankan tugas kita dengan baik kerana apabila kita melihat penghuni yang dijanjikan oleh Allah syurga mereka semua sangat serius dengan kehidupan di dunia. Teringt kata-kata mother teressa ketika menang anugrah nobel ditanya apakah rahsia kejayaannya lalu dia berkata go home and love your family pekara ini telah lama di praktikkan oleh nabi kita SAW sayangnya ianya di amalkan oleh orang bukan islam tetapi tidak kita teringat juga kata-kata steve job setiap pagi dia bangun dan bertanya bila dia tiada dia mahu dunia kenang dia dan menyumbang kepada dunia agama islam dah lama ajar kita supaya berusaha umpama kita akan mati esoknya dan banyak lagi jadi kenapa mereka yang bukan islam ini jauh lebih Berjaya?tanyalah diri kita sendiri sama-sama kita muhasabah diri.


p/s

Apa yang HCS coretkan ini adalah secebis nukilan pandangaan yang tidak ada kaitaan apa-apa cuma mengharapkan agar sedikit pandangaan yang naïf ini dapat di kongsi moga dapat memberi manfaat kepada kita bersama dan moga dengan usaha kita yang sedikit ini dipandang oleh Allah dan membuatkan kita dekat denganNya. Doakan kejayaan HCS juga ye dalam peperiksaan yang sedang berlangsung dan kehidupan mendatang. Yang baik itu datangnya dari Allah dan lemah itu datangnya dari kelemahan HCS sendiri dalam menterjemahkan tulisan ini dengan baik.

5 comments:

  1. menarik...semoga terus maju dan terus menukilkan idea2 dan pemikiran yg baru..selamat maju jaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga ada manfaatnya atas perkongsiaan ini di harap tidak sekadar membacanya di masa lapan malah tuk di amal kn juga..jadi lah orng yg berfikir kerana kita akan mendapati betapa besarnya kebesaran ilahi..sekadar pandangaan moga Allah redha

      Delete
  2. Subhanallah.....satu pandangan sisi yang menarik dan perlu ada dalam setiap mereka mereka yang berfikir......teruskan usaha usaha murni HCS...jzklh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih semoga kita menjadi apa orang yang berfikir...kita hidup berdasarkan apa yang kita dapat dan kita membina kehidupan bedasarkan apa yang diberi..bermaksud tuk jadi sesuatu kita kena berusaha

      Delete
  3. Masya'alah......subha'nallah....alhamdululah....

    ReplyDelete