Sunday, January 13, 2013

Syahadah


Kalam Allah melalui al-Quran
Memberi petunjuk bagi kaum muslimin
Menjadi rujukan dalam pengembaraan
Menuju ke jalan kebenaran
Moga tidak lagi dalam kesesatan.


Sunnah Rasulullah dijadikan ikutan
Wasiatnya pula dijadikan peringatan
Buat kita umat terkemudian
Yang patut banyak berselawat kepada junjungan
Juga mereka terdahulu yang membantu perjuangan.


Sudah lengkap semua bekalan
Apa lagi yang kita kekurangan?
Apa lagi alasan yang hendak diberikan?
Tatkala mahu melanggar suruhan Tuhan
Ingatlah, darah Nabi pernah mengalir dari badan
Hanya kerana kasihnya pada kita, wahai mukminin!


Bukalah lembaran sirah para anbiya
Kita ambil ibrah darinya
Kita pinjam semangat juangnya
Kita tauladani akhlak budinya
Yang tunduk patuh pada Pencipta
Tetap mengaku diri hamba
Walau diangkat Allah sebagai rasulNya
Sebagai pembawa berita gembira
Buat umat dan pegikutnya.


Tetapi, apa yang berlaku pada kita kini?
Tikamana ilmu yang dihadam wahid ithnani
Sudah menganggap diri wali
Mampu menaung Syurga Firdausi
Sedang hakikatnya kita cuma kuli
Kuli kepada Yang Maha Tinggi
Yang selalu lupa untuk mengabdikan diri
Maka, tawadhukanlah hati naluri
Supaya ikhlas mempelajari ilmu Ilahi
Demi mencari redha hakiki
Berjalanlah dengan rendah diri
Baru tahu tinggi langit bumi
Ketahuilah, ilmu yang dimiliki
Tidak setanding ilmu yang Maha Mengetahui.


Tikamana dihidangkan dengan kelazatan duniawi
Mudah sahaja lupa diri
Sehingga tidak tahu mensyukuri
Nikmat yang dikurniakan yang Maha Pemberi
Sanggup menggadai maruah agama sendiri
Demi mendapat apa yang diimpi.


Bangkitlah wahai saudara seislamku!
Janganlah leka dibuai mimpi dunia
Kata mahu mengikut al-Quran dan as-Sunnah
Kata sayangkan Rasulullah
Kata mahu syahid bersama para mujahidin
Mengapa masih mengikut telunjuk jahiliyyah?
Jangan hanya menanam tebu dibibir mulut!
Kata arif dalam hal agama
Ayuhlah kita rapatkan saf
Lupakan sejenak fahaman dunia
Atas landasan sayangkan ummah
Mari bina ukhuwah yang padu
Tegakkan Islam dalam dirimu
Mekarlah Islam disekelilingmu.


Aku tulis bukan kerana nama
Tetapi kerana kasihku sesama insan
Janganlah berdendam bermusuhan
Itukan kerja syaitan
Yang tugasnya menyesatkan insan
Sekadar mahu melihat saudara seislamku teguh keimanan
Tak gentar bila dihempas ujian kehidupan
Tetap kukuh dengan pendirian
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah.


NW
0518
120113

1 comment: