Monday, December 31, 2012

Harapku tidak lupa


Adakah kita masih ingat
Adakah kita masih tidak lupa
Oleh mereka berdua
Dari kecil kita di jaga rapi
Sehingga dewasa mereka masih kerut dahi
Risau akan apa jadinya kita nanti
Meraka hanya mahu kita mencapai impi
Mereka mahu kita jadi mukmin sejati
Adakah kita masih lupa
Di awal usia kita mengorak remaja
Menyambut salam perpisahan
Di gate utama untuk penerbangan kali pertama
Dengan beg bagasi yang mahal-mahal belaka
Berpelukan tangis bersama
Dengan janji yang menggunug
Dengan harapan yang melambung
Mengapai cita-cita
Mengharap mimpi menjadi nyata
Berkata diri dalam hati ingin membalas jasa ayah bonda
Bila kelak dewasa
Akan ku jaga dikau berdua
Adakah kita telah lupa
Sewaktu kita mengubal cita
Mereka berkorban pedih dan sakitnya
Berkorban harta kerana mahu melihat kita mengapai cita
Biar mereka berlapar dahaga
Asalkan kita bahagia
Biar mereka bergadai nyawa
Asalkan yuran kita settle semua
Biar mereka pinjam sini sana
Asal kita focus mengejar cita-cita
Cukup bulan kita hanya mahu meminta
Bila cuti winter minta nak jalan sini dan sana
Bila musim summer sibuk nak duit tiket balik Malaysia
Adakah kita terkenang mereka
Betapa payahnya mendapat duit dan segalanya
Kita senang berhabis shooping sini dan sana
Asal Nampak bergaya
dengan baju zara dan pelbagai lagi jenama terkemuka
Dengan  handphone terbaru pelbagai jenama
Tapi tak tahu mcm mana nak guna
Adakah kita telah lupa
Akan buku yang kita perlu baca
Akan jasa mak ayah kita
Dengar lah sesaat lagu ini (penjunjung namaku)
Ku titipkan khas tuk kalian semua
Kenanglah mereka selagi ada
Pasti tak sanggup nak lukakan mereka
Pada mereka kita taburkan jasa
Kerana Allah kita lakukannya
Insyaallah agama kita akan terpelihara
Kelak gemilang kembali islam menjelma
Pakat jadi ibnu sina dan ilmuaan islam semua
Belajarlah dari mereka
semua mereka melalui derita
walau tak ada ijazah yang menanti mereka
mereka belajar kerana pencipta
lalu mencipta pemudah cara
untuk kesejahteraan umat keseluruhaannya
ayuh bangun dan jadi seperti mereka

kal el
1102pm
16/1/2012

1 comment: