Sunday, May 27, 2012

BULAN REJAB BULAN ALLAH


Hari ni HCS nk kongsikan sedikit artikle mengenai fadhilat bulan rejab yang mana pada
Pada 22 Mei 2012 (Selasa) sekali lagi kita memasuki bulan Rejab. Adakah kita akan menemuinya lagi? Rejab ertinya ”mulia”. Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”

1.   Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka
pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2.   Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Israk Mi'raj (Ahad, 17Jun 2012) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3.  Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4.   Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (22, 23, 24 Mei 2012) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5.   Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab i ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun." 

Marilah kita sama-sama beramal bukan kerana mengejar fadhilatnya tetapi dengan harapan amalam kita yang sedikit ini dilihat oleh Allah dan moga-moga di sebabkan amalan kita yang sedikit ini Allah memberikan kita hidayahnya dan kita merasa dekat padanya..

Tuesday, May 22, 2012

Allah bersama kita tiap saat dan ketika

setiap dari kita pastinya pernah bertanyakan soalan ini di dalam diri kita

ketika diri kita bertanya banyaknya aku ini melakukan dosa 
Allah berfirman yang bermaksud
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan yang keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengatahui (akan salahnya dan akibatnya).(3:135)

dan pabila kita merayu pada Allah janganlah engkau meniggalkan aku ya Allah
Allah berfirman yang bermaksud
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).(2:152)

dan tatkala kita menghadapi kesulitan dalam kehidupan kita tidak tahu apa yang mahu dilakukan disebabkan kebuntuaan kembalilah kita kepada Allah 
Allah berfirman yang bermaksud
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (65:2)

dan di saat kita mahukan sesuatu yang kita hajati mohon lah pada Allah
sepertimana Allah berfirman 
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahanam dalam keadaan hina. (40:60)

wahai ikhwan sekalian kembalilah kita kepada Allah dan ingatlah kita kepada Allah dia kala senang nescaya Allah akan datang kepada kita di kala kita susah

sesungguhnya hati-hati insan sentiasa merindui akan kebenaran
tatkala hakikat manusia itu menyakitkan
kembalilah pada Allah kita tidak akan hilang harapan

segala kelemahan dalam menyampaikan dan melaksanakan artikle ini HCS yang fakir ini dengan rendah hatinya memohon maaf nukilan ini ditulis dengan mengharapkan kebaikan yang ada padanya.


IPO Gas Malaysia

hari ini HCS nak kongsikan mengenai saham yang akan disenaraikan dibursa saham tidak lama lagi. Sepertimana entri yang telah HCS tuliskan semalam mengenai saham ipo. Gas Malaysia merupakan antara ipo yang boleh di kelaskan dalam kelasnya tersendiri. Gas malaysia ini dikuasai oleh syarikat  milik MMC Corporation Bhd yang merupakan pemegang syer terbesar. Gas Malaysia merupakan pengedar dan peruncit gas asli terbesar di Malaysia .


berikut merupakan tawaran ipo yang di keluarkan. jadi sesiapa yang terlibat dalam saham ni bolehlah amik perhatiaan sikit mengenainya.
di sini gak HCS sertakan link untuk penyata tahunan Gas Malaysia http://www.gasmalaysia.com/inside_GM/annual_rpt.php
itu sahaja dari HCS yang memiliki sedikit ilmu mengenainya

Monday, May 21, 2012

saham IPO


hari ni sedikit perkongsiaan sedikit lah daripada blog HCS tenteng saham ipo.Mungkin rata-rata di antara kita tidak mengambil tahu pun apa itu saham dan beberapa instrument pelaburan . Jadi terdetik di hati HCS untuk mencerita kan serba sedikit mengenai saham IPO setakat kemampuaan HCS la sbb HCS bukan dalam bidang ni cuma mengikutinya sahaja dan masih baru

IPO dikenali dengan initial public offerring. IPO ini wujud apabila ada syarikat yang hendak disenaraikan kedalam pasaran saham yang menjadikan ia sebagai saham milikan awam. Pada kebiasaannya saham ini di tawarkan dalam keadaanyang rendah dari harga pasaran tetapi ianya bergantung kepada keadaan.Hal ini kerana ada juga saham IPO yang jatuh sebaik sahaja ia disenaraikan di bursa saham

terdapat beberapa kaedah untuk memohon saham IPO ni
  • kaedah pertama memalui MITI(kementeriaan perdagangan antarabangsa dan industri)(peruntukan khas untuk bumiputra)
  • kaedah kedua melalui ATM atau eTRADING(cimb itrade dan lain-lain)
  • kaedah ketiga membeli sebaik sahaja ianya dia senaraikan pada hari pertama
antara IPO yang agak panas yang bakal di senaraikan adalah 
  • FGVH(FELDA)
  • GAS MALAYSIA
  • IHH


CARDIAC LESION OF RHEUMATIC FEVER

MEMANG  TAK ADA KERJA DAH MUSIM-MUSIM PEPERIKSAAN
MOGA ADA MANFAATNYA
RHEUMATIC PERICARDITIS
  • ACUTE 
    •  SEROFIBRINOUS PERICARDIATIS
      • SCANTY SEROUS EXCUDATE IN PRECARDIAL SAC
      • EXCESS FIBRIN DEPOSITS ON VISCERAL AND PARIETAL PERICARDIUM
  • CHRONIC PHASE
    • MILKY PATCHES
    • ADHESION BETWEEN VISCERAL AND PARIETAL PERICARDIUM
    • MEDIASTINOPERICARDITIS
RHEUMATIC MYOCARDITIS
SITE-MYOCARDIUM OF THE LEFT SIDE OF THE HEART

  • ACUTE-CHARACTERIZED BY
    • PRESENCE OF ASCHOFF NODULES
    • CARDIAC MUSCLE NEAR THE ASCHOFF NODULES SHOW
      • OEDEMA
      • SLIGHTLY CELLULAR INFILTRATION
  • CHRONIC PHASE
    • ASCHOFF MODULES HEAL BY FORMATION OF FIBROUS SCARS
    • PROGNOSIS
    • RHEUMATIC FEVER MILD 
    • LEAD TO LEFT VENTRICULAR FAILURE
RHEUMATIC ENDOCARDITIS
SITE-EFFECT MURAL AND VALVULAR ENDOCARDIUM
·         MURAL ENDOCARDIAL PHASE
    • ACUTE
      • DEVELOPMENT OF NUMEROUS ASCHOFF NODULES
    • CHRONIC PHASE
      • PRESENCE OF MAC CALLUM`S PATCH
·      VALVULAR ENDOCARDIAL LESION
o    IT EFFECT MAINLY MITRAL AND AORTIC VALVE
§  MITRAL VALVE ALONE 70%
§  MITRAL VALVE AND AORTIC 25%
§  TRISCUSPID VALVE MAY BE AFFECTED
§  PULMONARY VALVE (RARELY AFFECTED)
·         ACUTE PHASE
o    VALVE CUSPS SWOLLEN
o    FRICTION OF SWOLLEN CUSPS
o    FORMATION OF RHEUMATIC VEGETATIONS
·         CHRONIC PHASE
o    VEGETATION
o    INFLAMESD CUSPS
o    CHORDAE TANDENAE-FIBROSED,THICK SHORT
o    PHASE MAY LEAD TO
§  VALVE STENOSIS
§  VALVE INCOMPETENCE
§  DOUBLE VALVE LESION

Sunday, May 20, 2012

HAKIKAT CAHAYA SATU

menulis kemudiaan baca
membaca kemudian menghadamnya
dari penghadaman terbentuk lakunya
dari lakunya terlihat sifat manusia

tingginya darjat bukan sebabkan harta
cantiknya manusia bukan sebabkan rupa
pandainya manusia bukan sebabkan sijilnya
baiknya manusia bukan sebab keturunannya

darjat dilihat dari ilmu
cantik dilihat dari tingkah dan laku
bijak manusia bila berjaya mengawal nafsu
baiknya manusia bila mengikut agama yang satu

wahai manusia segeralah sahut seru
hakikat cahaya itu satu
bila ia masuk ke dalam qalbu
yang gelam akan cerah selalu
yang kelam akan nampak caria selalu

kal_el
3.57
egypt
20052012