Saban hati kita asyik bertanyakan sampai bila kita akan
terus di tindas sebegini?dinafikan hak dan bermacam-macam lagi.
Tidakkah kita ingin sejarah silam kegemilangaan islam
terdahulu berulang?
sudah tentu kesemunya menginginknnya tetapi persoalannya
adakah kita berada di landasannya.
Adakah kita hari ni bertindak dengan strategi atau
bertindak mengikut emosi?
adakah kita hari ni memperjuangkan agama atau individu
atau diri sendiri?
islam tidak di gerakan exclusif oleh satu badan ataupun
individu tapi islam di gerakkan oleh seluruh umat islam yang melafazkan kalimah
sahadah yang sama
sesungguhnya seluruh umat islam adalah bersaudara maka
bersatulah dengan cara merendahkan sedikit sikap berpuak-puak untuk kita
mencari satu titik persamaan antara kita
saya tinggalkan dengan 2 potong hadis yang kita perlu dalam
maknya dengan mendalam semoga sedikit sebanyak dapat menjentik hati kita yang
sedang lena
Rasulullah SAW bersabda: "Setelah aku wafat, setelah
lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir
akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus. "Sahabat
bertanya," Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?
"Sabda Rasulullah," Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak
berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.
"Sahabat bertanya lagi," Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di
laut? "Jawab Rasulullah," Kerana ada dua penyakit iaitu mereka
ditimpa penyakit Al Wahan. "Sahabat bertanya lagi," Apakah itu Al
Wahan? "Rasulullah bersabda, "Cinta dunia dan takut mati".
Pernah satu ketika, sedang Rasulullah
berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat,
tiba-tiba mengalir air mata Baginda
Rasulullah s.a.w.
Lalu Saidina Abu Bakar bertanya,
baginda mengatakan sesungguhnya aku
terlalu merindui ikhwanku
Para sahabat merasa iri hati, hinggakan
Saidina Abu Bakar bertanya,
“Bukankah kami ini ikhwanmu?Tidak, Abu
Bakar,
kamu semua adalah sahabat-sahabatku,kata
Rasulullah.
Ikhwanku itu,menurut Rasulullah
s.a.w,
adalah mereka yang belum pernah
melihatku,
tetapi mereka beriman dan mencintaiku.
Aku sangat rindu untuk bertemu
mereka.
"TO BE A GREAT LEADER YOU MUST HAVE IDEA AND VISION"
PEMIMPIN YANG HEBAT MENCARI JALAN PENYELESAIAAN DENGAN MEMINIMUMKAN KESAN YANG AKAN BERLAKU KEPADA ORANG BAWAHANNYA
MENANG DENGAN OTAK BUKAN DENGAN PEDANG
begitu la satu ayat pendek tetapi sangat mendalam maksudnya
adanya sejarah bukan untuk di hafal atau di ceritakan kepada orang lain namun adanya sejarah adalah untuk kita mengambil pengajaran dan belajar daripada kesilapan lampau agar kita tidak mengulangai kesilapan masa lampau kita
"bangsa yang tidak mahu belajar sejarah bangsanya akan di dera oleh dengan kebodohan bangsanya berulang-ulang kali"kata para sarjana
apa yang saya tulis hanyalah daripada pemerhatiaan dan pandangan saya sebagai hamba Allah yang sangat lemah dengan harapa agar kita sama-sama terkesan daripada tulisan ini.bersama kita renungkan.yang baik dari Allah jua semoga Allah reda